Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Suhaimi sekeluarga

klik untuk besarkan imej

Kepada Arwah Ibuku yang telah pergi mengadap Ilahi... Ya Allah ampunkan dosa Ibuku. Doa kesejahteraan sentiasa buat mu. Semuga Ibuku dimasukkan dalam bersama-sama golongan  orang-orang yang beriman.Allah. Amin

Buat Ayahnda Apak tersayang, kami sekeluarga terlalu menyayangi mu. Ampunkan segala dosa anak mu dan keluarganya jika ada dosa dan terasa hati Apak. Kami sekeluarga sentiasa senang dan menyayangi Apak.
Kami berdoa semuga Apak sentiasa di panjangkan umur dan dikurnikan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Buat Kedua Abang-abangku, terima kasih atas layanan baik dan hubungan mesra kekeluargaan. Percayalah hubungan kekeluargaan ini amat penting buat kami sekeluarga. Di Aidilfitri ini, Kami sekeluarga memohon maaf zahir dan batin. Sesungguhnya kesempurnaan hubungan kekeluargaan adalah keutamaan buat kami sekeluarga. Maafkanlah jika ada kecuaian dari kami sekeluarga.

Buat kakak-kakakku.. terima kasih atas keakraban hubungan kita sekeluarga. Kita semualah yang mewarnai keluarga ini.

Insya Allah, Aidilfitri 2011, tahun depan, kita akan bersama semula di rumah kami yang baru dan selesa. Itulah yang kami harapkan. Berkumpulnya keluarga Said.. bersama Inysa Allah.

Selamat Aidilfitri... Maaf zahir dan batin. Dari Suhaimi, Normala, Luqman dan Lutfi.


Helah menculik kanak-kanak di Carrefour JB

"Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu..." 

  • Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
  • Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
  • Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
  • Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
  • Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !