Tuesday, May 5, 2009

Selamat Hari Ibu



Kepada Luqman & Lutfi serta semua anak saudara .. sayangilah Ibu anda dan ucapkan terima kasih sempena hari Ibu pada hari Ahad ke 2 bulan Mei - 10 Mei 2009 -

Untuk semua, Ayah Su ada satu cerita tentang pengorbanan Ibu

KASIH IBU


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk .

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya
jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya. Itulah.. kasih ibu ..


:: Selamat Hari Ibu Kepada semua Kakak Ipar - Kak liza dan kak aa
:: dan terutama kepada Wan Normala - Ibu kepada anak-anak ku
...

Ju selamat melahirkan baby Boy



2 April 2009 - 11.30pm Ju, selamat melahirkan seorang baby boy. Alhamdulillah Semuanya ok dan dapat pulang pada sebelah petang pada 3 April 2009. Tahniah Keluarga Ariffin & Ju. Semoga baby akan sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh.

p/s : Tahniah juga Apak - bertambah lagi cucu. Gambar akan menyusul kemudian

>> Gambar anak Wadi di bawah:

Saturday, May 2, 2009

SELAMAT MAJU JAYA PAK NGAH DAN FAMILY

Sempena Hari Ulang Tahun yang ke 24 (hehehe terbalik sikit), semoga Pak Ngah sihat sentiasa dan diberkati Allah SWT.

Untuk pihak family Ayah Long, Fahim dan Mustafa doakan agar Pak Ngah berjaya di dunia dan di akhirat. 

Begitu juga untuk kesemua ahli family Pak Ngah. 

Dua tiga kuching berlari
Mana nak sama si kuching belang
Pak Ngah kerja berhari hari
Moga kejayaan akan mejelang

Wassalam. 

Fahim & Mustafa



Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Jadi - ABAH HALIL


Semoga panjang umur dan banyak duit. Luqman dan lutfi berdoa kesihatan yang baik. Abah kata abah halil dah umur 42 tahun. Tarikh lahir 20.5.1967.
Bulan ini juga tarikh ulangtahun abah dan ibu luqman kahwin : 22.5.1995
Sekian Luqman dan lutfi. (abah tolong)