Thursday, December 31, 2009

Selamat Harijadi Apak




Tak tahu tarikh sebenar tarikh lahir apak. Dah tanya tapi apak juga tak ingat. Mungkin cabaran kehidupan dahulu apak semasa kecil yang agak susah menyebabkan tarikh lahir tidak menjadi sesuatu yang penting untuk diingat. 31 Disember 1938 hanya satu tarikh yang tertera pada Kad Pengenalan Apak.


Apak! Semuga Apak panjang umur dan sihat serta gembira sentiasa. Kami anak-anak dan ahli keluarga mu sentiasa memerlukan kasih sayang diri mu. Selamat Hari Jadi Apak. Keampunan mu sentiasa kami harapkan.




Sunday, December 27, 2009

Gambar Keluarga Kak Fatimah 2009 (Aidilfitri)



Baru jumpa semula gambar ini, bukan senang nak ambik gambar satu family Kak Fatimah.

Friday, December 25, 2009

Selamat Hari Jadi Ayah Su


Selamat Hari Jadi saya ucapkan kepada ayah su. Moga Panjang umur dan murah rezeki. Tahun ni Paksu umur berapa?

Bunga Mawar Bunga Melati,
Bila kembang cantik sekali,
Selamat Menyambut Hari Jadi,
Semoga Umur Panjang Lagi.

Friday, November 20, 2009

Selamat Hari Raya Qurban


Selamat Hari Raya Qurban buat semua Umat Islam terutamanya ahli keluarga Said. Alangkah seronok jika keluarga abg Ja dan abg halil - Apak dapat berkumpul bersama menyambut hari raya qurban kat rumah kt. Nanti kalau rumah kt siap, kita kumpul hari raya qurban tahun depan Insya Allah.

Sempena qurban, ahli keluarga suhaimi memohon maaf dan mendoakan agar kita semua sentiasa dalam Rahmat dan belas kasih sayang ALLAH.

Dari : Suhaimi, Normala, Luqman dan Lutfi.

Tahniah Kak Ngah !!

Tahniah atas kejayaan UPSR. Hasil dan usaha Kak Ngah selama ini membanggakan seluruh keluarga Said. Tahniah.

P/S: Nanti Claim hadiah sama Mak Su.
Ayah Su nak claim juga hadiah dengan Mak Su sebab dah konvo. He Hee. He

Friday, October 16, 2009

Peraduan Teka siapa? Kali 1



Tengok gambar lama-lama dan jumpa gambar-gambar tertentu. Cuba Teka siapa ni?

Wednesday, October 14, 2009

Selamat Panjang Umur Ayah Long




Semoga panjang umur. Luqman dan lutfi berdoa untuk ayah long kesihatan yang baik. Abah bagitahu tarikh lahir ayah long 19.10.1965. Bulan ini juga tarikh harijadi luqman.

Sekian Luqman dan lutfi.

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Harijadi Luqman ke 11




Selamat Harijadi Ke 11. Abah, Ibu dan Lutfi berdoa agar Luqman menjadi Orang yang beriman serta sentiasa dirahmat Allah. Semoga Luqman menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Jadi Abby



Selamat Hari Jadi - ABBY (30 Sept 2009) - Maksu dan Paksu serta Luqman dan Lutfi berdoa agar abby berbahagia bersama keluarga dan menjadi orang yang berjaya. Moga abby menjadi anak saudara yang hartawan
. mm Ayah Su - gurau jer..

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya











Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli Keluarga Said. Minta maaf jika ada terlanjak perkataan.

Shukran bermain mercun bola,
Bila jari putus sangat gembira,
Sudah sebulan kita berpuasa,
Sekarang pula syawal manjelma.

Maaf Zahir Dan Batin. Dan harap dapat bagi banyak duit raya.

Thursday, September 17, 2009

Teladani 10 akhir Ramadan Nabi

RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kupasan ringkas hadis

Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)

Mengikat kainnya

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah 'mengikat kainnya'.

Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah 'mengikat kainnya'.

Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)

Menghidupkan malam harinya

Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.

Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)

Membangunkan Ahli Keluarganya

Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.

Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta' menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: "Solat! solat!"

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman

Ibn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak". (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini) Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi'en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi'en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.

2. Mencari lailatul qadr

Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu". (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

3. Melewatkan sahur

Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

4. Melakukan iktikaf

Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan).Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari". (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)

5. Membanyakkan doa

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak". (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)


Sumber : Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan

Tuesday, September 15, 2009

Lalatul Qadar




Dalam Surah Al-Qadr, Allah berfirman yang bermaksud:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr.
2. Dan tahukah kamu apakah malam Qadr itu.
3. Malam Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya.
5. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.



Petikan Dari Munajat Nabi Musa a.s. Kepada Allah s.w.t.

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali denganMu. "Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hambaKu yang bangun pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., ‘Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan RahmatMu itu." Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya RahmatKu itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang-orang miskin pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi pada titian Siratul Mustaqim di hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar. " Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan perolehi dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lalatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s. "Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurgaMu sambil dapat pula memakan buah-buahnya. "Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperolehi niatmu itu tetapi banyakkanlah olehmu akan bertasbih serta bersungguh-sungguh kamu dalam mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku dari azab neraka jahannamMu. "Firman Allah s.w.t., "Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepadaKu dengan membanyakkan meminta keampunan dan beristighfar hingga ke waktu subuh hari pada malam Lailatul Qadar."

Munajat Nabi Musa a.s., "Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahkanlah keredaanMu itu terhadap diriku ini. "Firman Allah s.w.t. "Wahai Musa! Sesungguhnya keredaanKu itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat pada malam Lailatul Qadar."

Bilakah Malam Lailatul Qadar ?

Imam Al Ghazali Rahimullah berpendapat malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut seperti,

Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 hb Ramadan.
Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21hb Ramadan.
Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27hb Ramadan.
Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23hb Ramadan.


Petikan Dari Mesra.net

Friday, September 4, 2009

Picnik - Menyunting foto dengan mudah,online dalam browser


Di Picnik, anda boleh menyunting gambar anda sendiri dengan mudah.Anda boleh mengubah ikut kreativiti anda.Ia cepat, mudah dan seronok.

Monday, August 24, 2009

SUAMI dan IBU .. renungan bersama

SUAMI dan IBU


Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya


Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?


Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.


Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.


Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.


Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Petikan Dari : Nurkhidmah Group

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaharak Kepada Semua Ahli Saudara Keluarga Said dan juga kepada semua saudara pembaca blog ini. Diselitkan aktiviti bagi muslimin dan muslimat pada bulan Ramadhan ini.


1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan itikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah


Disini .. Suhaimi dan sekeluarga ingin memohon kemaafan pada petang menjelang Ramadhan kepada semua sanak saudara. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Friday, August 14, 2009

Selamat Hari Jadi - Fahim





Selamat Hari Jadi - Fahim, Maksu dan Paksu serta Luqman dan Lutfi berdoa agar Fahim berbahagia bersama keluarga dan menjadi orang yang beriman.

Friday, August 7, 2009

Selamat Harijadi :: Amirol



Selamat Hari Jadi - Amirul, Maksu dan Paksu serta Luqman dan Lutfi berdoa agar amirul berjaya di apa juga lapangan dan menjadi orang yang beriman.



Wednesday, August 5, 2009

Nifsu Syaaban



Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Friday, July 10, 2009

SELAMAT HARI JADI IBU





Kami Ahmad Luqman Hakim dan Ahmad Lutfi Hakim mengucapkan Selamat hari lahir kepada ibu kami Wan Normala binti Wan Ali. Semoga panjang umur dan berbahagia bersama abah dan kami berdua.

Tuesday, June 16, 2009

Selamat Hari Bapa



Di Malaysia, Hari Bapa di sambut pada 17 Jun 2009.

Selamat Hari Bapa... kepada Bapa kami Said bin Ibrahim. Semoga panjang umur dan sentiasa berada dalam rahmat Allah. Terima Kasih bapa atas kehidupan kami dan kami bersyukur mempunyai memiliki bapa sebagai ayah kami...


Pelbagai gelaran diberikan.. ada yang memanggilnya bapa, ayah, abi, Apak, daddy, dan berbagai lagi.. Semuanya menjuruskan kepada seorang lelaki yang sama .. Selamat Hari Bapa kepada semua bapa..



Tuesday, June 9, 2009

IT UPDATE : Game Development Platform - ATMOSPHIR


Bosan bermain game buatan orang? Mahu bermain game buatan sendiri? Berminat untuk bina game? Saya tahu jawapannya.


Saya mahu berkongsi pengalaman dengan anda. Sebelum saya menulis ini, saya telah mencuba untuk membina game menggunakan sebuah game development platform iaitu Atmosphir. Di Atmosphir, anda boleh reka berapa banyak game yang anda mahu. Anda juga boleh bina character anda sendiri, bentuk muka bumi dan banyak lagi.


Anda boleh memuat turun secara percuma:Disini


Selepas anda menekan disini, anda akan mendapati harus menulis username dan password. Butirannya adalah seperti berikut:


username: atmosbeta1

password: B8qT3x7c


Sekiranya, saya tertulis alamat yang salah atau laman web tidak didapati, sila maklumkan kepada saya dan maafkan saya. Saya akan membetulkannya.




Friday, June 5, 2009

IT UPDATE : Skype medium perhubungan dan perbualan

SKYPE : Skype adalah satu aplikasi yang berguna dan semua ahli keluarga said digalakan menggunakan skype bagi berhubung antara satu sama lain. Ada webcam lagi bagus.


Program ini boleh dimuat turun secara percuma : Disini

Berikut adalah alamat skype ahli keluarga said;-

Pak Su /Ayah Su - myasuhaimi
Pak Ngah / Abah Halil - ashalil
Pak Long / Daddy Ja -
MakSu - wancybr
-------------------------------
Luqman/Lutfi - luqmanfi
Amirul - amirulhal
Mustafa/Fahim - far_heem.ja
Abby - abbyhal

*. Sila maklumkan kepada Ayah Su sekiranya ada perubahan dan alamat baru.

Thursday, June 4, 2009

FAHIM - Selamat Menempuh Alam Dewasa.



3 Jun 2008 - Fahim telah melalui 'saatnya' dengan berani. Tahniah kerana selamat berkhatan. Kami semua mengucapkan agar cepat sembuh dan Selamat Dewasa.

Tuesday, May 5, 2009

Selamat Hari Ibu



Kepada Luqman & Lutfi serta semua anak saudara .. sayangilah Ibu anda dan ucapkan terima kasih sempena hari Ibu pada hari Ahad ke 2 bulan Mei - 10 Mei 2009 -

Untuk semua, Ayah Su ada satu cerita tentang pengorbanan Ibu

KASIH IBU


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk .

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya
jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya. Itulah.. kasih ibu ..


:: Selamat Hari Ibu Kepada semua Kakak Ipar - Kak liza dan kak aa
:: dan terutama kepada Wan Normala - Ibu kepada anak-anak ku
...

Ju selamat melahirkan baby Boy



2 April 2009 - 11.30pm Ju, selamat melahirkan seorang baby boy. Alhamdulillah Semuanya ok dan dapat pulang pada sebelah petang pada 3 April 2009. Tahniah Keluarga Ariffin & Ju. Semoga baby akan sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh.

p/s : Tahniah juga Apak - bertambah lagi cucu. Gambar akan menyusul kemudian

>> Gambar anak Wadi di bawah:

Saturday, May 2, 2009

SELAMAT MAJU JAYA PAK NGAH DAN FAMILY

Sempena Hari Ulang Tahun yang ke 24 (hehehe terbalik sikit), semoga Pak Ngah sihat sentiasa dan diberkati Allah SWT.

Untuk pihak family Ayah Long, Fahim dan Mustafa doakan agar Pak Ngah berjaya di dunia dan di akhirat. 

Begitu juga untuk kesemua ahli family Pak Ngah. 

Dua tiga kuching berlari
Mana nak sama si kuching belang
Pak Ngah kerja berhari hari
Moga kejayaan akan mejelang

Wassalam. 

Fahim & Mustafa



Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Jadi - ABAH HALIL


Semoga panjang umur dan banyak duit. Luqman dan lutfi berdoa kesihatan yang baik. Abah kata abah halil dah umur 42 tahun. Tarikh lahir 20.5.1967.
Bulan ini juga tarikh ulangtahun abah dan ibu luqman kahwin : 22.5.1995
Sekian Luqman dan lutfi. (abah tolong)

Saturday, April 25, 2009

Happy Belated Birthday - Alya


Selamat Hari Jadi - Alya-

Selamat Hari Jadi - Alya. Nanti Luqman dan lutfi datang... boleh bagi hadiah. Semuga Panjang Umur dan menjadi wanita solehah

Saturday, April 18, 2009

IT UPDATE : Simpan Banyak Setting IP Pada Laptop / PC Anda

Untuk makluman ahli keluarga Said ....Sekiranya anda memerlukan penyimpanan Setting IP .. inilah software yang percuma dan terbaik. Untuk mengingati dan membuat pertukaran No IP secara manual adalah memenatkan. Di Pejabat IP lain, pergi seminar IP lain pulak … balik rumah IP lain lagi. Letih mana nak ingat semua tu kan ?

Dengan menggunakan NetSetMan anda kini dapat tersenyum di kala orang lain terkial-kial menukar IP masing-masing. Pernah guna Mac OSX ? Samalah fungi save location pada menu network macam Linux Ubuntu.

Anda boleh menyimpan sehingga 6 IP setting samada bagi mode wireless/lan dan juga boleh melebelkan setiap IP berkenaan. Contoh IP Rumah - untuk setting IP yang ada di rumah dll.

Sila dapatkan software ini dengan percuma di http://www.netsetman.com

INFO : Kod Barangan Plastik

Untuk makluman ahli keluarga Said ....

Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

The Plastic Coding System

*. Cetak kod ini dan tampalkan di dapur sebagai peringatan.

Ketahuilah Fakta2 berikut:
  • Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara
  • Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya
  • Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.
  • Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.
  • KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama


Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

So, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.

sumber dari : http://ibu-ayah-xtvt.blogspot.com/2008/10/fakta-yang-sangat-penting-tentang-bekas.html

Friday, April 3, 2009

Al Fatihah! Kematian Mok Chor (Isteri Arwah Ayah Chor Sidek)



Al Fatihah! Semoga roh Allahyarhamah Mok Chor (Ajil) dirahmati Allah dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Kematian
Allahyarhamah semalam (3 April 2009) pada pukul 12.30 tengah malam dirumahnya. Ketika itu Allahyarhamah bersama-sama dengan anaknya Norehan. Allahyarhamah disyaki mendapat serangan jantung telah selamat dikebumikan pada 11.30 pagi (Jumaat - 3 April 2009).



Nota::

Dari Osman bin Affan r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai mengebumikan mayat, baginda berdiri atasnya, lalu berkata: "Mohonlah keampunan untuk saudaramu, dan pohonlah ketetapan untuknya. Maka sesungguhnya dia sekarang sedang disoal."

Terdapat juga di dalam Sahih Muslim:

Ertinya: Dari Aisyah r.a.: Aku bertanya Nabi s.a.w.: Bagaimana ucapan apabila memohon keampuanan (istighfar) untuk ahli kubur? Baginda bersabda: Engkau katalah: Salam sejahtera atas ahli kubur dari kaum mukmin dan muslim. Dan semoga Allah merahmati orang yang terdahulu dan terkemudian dari kami dan kamu. Dan kami insyaallah akan menyusulmu."


Friday, March 27, 2009

Gambar Ahli Keluarga Said Berkumpul 2008

Tarikh : 03 - 04 Jun 2008
Lokasi : Rumah Abang Halil

Perjumpaan Keluarga Bagi 2008 telah berjaya dibuat. Alhamdulillah kesemua ahli keluarga Said hadir. Semoga kegembiraan yang dirasakan akan sentiasa mengikat persaudaraan. Bagi tahun 2009 .. Inysa Allah juga di Kuantan.










Tarikh Penting Dalam Keluarga


Klik gambar di atas untuk besarkan gambar diatas.

Semua Tentang Keluarga Said



Said bin Ibrahim.
Semua bermula darinya. Merupakan seorang ayah dan permulaan bagi kehidupan bagi kami semua iaitu ahli-ahli keluarga besar Said bin Ibrahim.

Blog keluarga Said bin Ibrahim diharapkan menjadi tapak berkumpulnya semua - ahli-ahli keluarga Said. Diharapkan juga agar ukhwah persaudaraan, kasih sayang, ingatan sentiasa terjalin antara kami semua.

Kepada semua ahli keluarga Said, jadikanlah blog ini sebagai platform jalinan mesra, ingatan kasih sayang, coretan hati dan peristiwa , agar ikatan kita dekat sentiasa.


Salam sayang dan rindu..
Anak kecil keluarga Said